:
PENGENALAN


 

Akademi Al Fateh merupakan adalah merupakan sebuah Konsultan Pendidikan yang bertanggungjawab mewujudkan rantaian khidmat pendidikan bagi memenuhi keperluan masyarakat. Ia ditubuhkan pada Disember 2012 atas kapasiti pengalaman Ahli Lembaga Pengarahnya dalam Organisasi dan selok belok perjalanan Institusi yang berteraskan Pendidikan Islam.

 

 


Tadika Ilmuan Junior mula beroperasi di Balok Permai, Kuantan pada awal Januari tahun 2014 dan mula beroperasi di Cawangan Kotasas pada awal Januari 2016. Tadika Ilmuan Junior adalah salah satu rangkaian pendidikan yang dimiliki oleh Akademi Al Fateh Sdn Bhd untuk pendidikan awal kanak-kanak yang bermula dari umur 4 tahun sehingga 6 tahun.

 

 

 

Kafa Pratahfiz AFEC pula mula beroperasi di Kotasas, Kuantan Pahang pada awal Januari tahun 2017. KAFA AFEC salah satu rangkaian pendidikan yang dimiliki oleh Akademi Al Fateh Sdn Bhd untuk pendidikan kelas Asas Fardhu Ain bagi anak yang berumur 7 tahun sehingga 11 tahun,iaitu (tahun 1 hingga tahun 5).

KAFA AFEC berdaftar penuh dengan Majlis Agama Islam negeri Pahang. No pendaftran KAFA AFEC (MUIP KS 56/2018).

 

Al Fateh Kids Child Care Centre  mula beroperasi di Kotasas, Kuantan Pahang pada awal Januari tahun 2018.

Dan pada tahun 2019, AFKCC di mula beroperasi di Balok Permai.AFKCC dibuka khas untuk anak yang berumur 1 tahun sehingga 3 tahun, sebagai Pusat Jagaan dan Pendidikan awal kanak-kanak. AFKCC berkonsepkan tempat untuk kanak-kanak membesar, bermain sambil belajar. Kanak-kanak duterapkan nilai Islamik seawal usia di sini. Pelbagai aktiviti yang menarik disediakan setiap hari untuk kanak-kanak mengikut 6 bidang Perkembangan.