29-Jan-2019
Falsafah & Matlamat
Falsafah pendidikan Negara:
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kea rah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.
Visi :
1)Menjadikan Kafa AFEC, Tadika Ilmuan Junior dan Taska Tateh Junior sebagai institusi pendidikan berteraskan islamik yang berjaya dan cemerlang di negeri Pahang darul Makmur
2)Melahirkan dan mendidik bakal pemimpin generasi akan datang yang memiliki keterapilan sahsiah yang tinggi, bijak, dan serba boleh, berkepimpinan, cendekiawan dan berani
Misi :
1)Memperkasakan satu sistem pendidikan Islam bersepadu seiring tuntutan pendidikan semasa pada peringkat pendidikan awal kanak-kanak hingga peringkat kelas fardhu ain bagi melahirkan pelajar yang cendekiawan dan bijaksanan dari segi ilmu dan sahsiah.
2) Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan melalui aktiviti yang dirancang bersesuaian dengan ciri-ciri perkembangan kanak-kanak mengikut umur mereka.
3)Mewujudkan generasi yang menjadikan Islam sebagai panduan (ad deen) sejurus membina dan menambah minat cintakan ilmu.